Tuesday, April 5, 2011

Rutin Harian : Aktiviti Nelayan Menjelang Senja

Pemandangan pada waktu petang di perkampungan nelayan.

Seorang nelayan sedang membuang air di dalam peti bot.

Nelayan sedang memeriksa dan menggulung jala yang telah digunakan.

Beberapa kaki pancing turut keluar ke laut untuk memancing.

Antara enjin bot yang akan diperiksa setiap hari.


Perkampungan nelayan di Pasir Panjang merupakan sebuah kawasan terpencil di negeri Perak yang telah lama bertapak di daerah Manjung. Sumber ekonomi penduduk di sekitar kawasan ini adalah dengan menangkap ikan untuk dijual kepada pemborong. Selain itu, ada juga yang menghasilkan kraftangan untuk dijual seperti sarang burung dan menjual ternakan seperti ayam dan arnab. Ini adalah aktiviti mereka pada sebelah petang yang lebih kepada sesi untuk memeriksa dan mengemaskini barang-barang, alatan seperti pukat, jala, enjin dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment