Tuesday, April 5, 2011

Pertandingan Fotografi Pengguna FB1 : Sampah Dan Rakyat Malaysia.


Segelintir masyarakat Malaysia yang pemalas terutamanya penghuni rumah flet mengambil jalan mudah dengan membuang sampah dari tingkat atas ke bawah.

Rutin Harian : Aktiviti Nelayan Menjelang Senja

Pemandangan pada waktu petang di perkampungan nelayan.

Seorang nelayan sedang membuang air di dalam peti bot.

Nelayan sedang memeriksa dan menggulung jala yang telah digunakan.

Beberapa kaki pancing turut keluar ke laut untuk memancing.

Antara enjin bot yang akan diperiksa setiap hari.


Perkampungan nelayan di Pasir Panjang merupakan sebuah kawasan terpencil di negeri Perak yang telah lama bertapak di daerah Manjung. Sumber ekonomi penduduk di sekitar kawasan ini adalah dengan menangkap ikan untuk dijual kepada pemborong. Selain itu, ada juga yang menghasilkan kraftangan untuk dijual seperti sarang burung dan menjual ternakan seperti ayam dan arnab. Ini adalah aktiviti mereka pada sebelah petang yang lebih kepada sesi untuk memeriksa dan mengemaskini barang-barang, alatan seperti pukat, jala, enjin dan sebagainya.

Hot Balloon Festival 2011

Add caption


Antara aktiviti yang dijalankan di sekitar kawasan festival.


Pengunjung menunggu giliran untuk menaiki belon.

Add caption

Monday, March 7, 2011

Hari Tentera Darat ke 78

Y.B Dato' Seri Zahid Hamidi memberi tabik hormat kepada perarakan yang sedang berlangsung.
Regimen Briged Para membuat tarian tentera secara serentak.
Khairy Jamaludin turut hadir pada majlis tersebut.
Y.B Dato' Seri Zahid Hamidi bersalaman dengan bekas-bekas panglima tentera darat.
Sedang memberi tabik hormat.
Kenderaan tentera sedang membuat perarakan dan mengeluarkan asap yang sangat banyak.
Orang ramai sedang melihat skuad payung terjun di udara sambil ditayangkan di skrin gergasi.
Penerjun daripada skuad tentera darat yang sedang membuat terjunan.
Skuad Red Warriors sedang membuat pertunjukan dengan melompat melepasi 8 buah kereta.
Pasukan Red Warriors yang selepas selesai membuat pertunjukan.
Demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh skuad UIK.
Pengunjung OKU tidak melepaskan peluang untuk hadir pada hari tersebut.
Pengunjung yang hadir sempat bergambar bersama tentera asing yang dijemput pada hari tersebut.
Sebuah keluarga yang dimarahi oleh askar kerana memanjat tembok.
Seorang askar dari Australia sedang beramah mesra dengan seorang peminat cilik.

Monday, February 21, 2011

Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang 2011

Peserta dari Jepun dan Jerman saling membantu menaikkan layang-layang mereka.
Seorang peserta sedang cuba menaikkan layang-layangnya.


Antara peserta yang sedang sibuk membuat persiapan sebelum menaikkan layang-layang.
Antara layang-layang gergasi yang ada pada hari tersebut.
Ketibaan Tengku Mahkota Johor disambut dengan baik.
Sesi bacaan doa ketika waktu hujan lebat.


Menteri Besar Johor sedang memberi ucapan sebelum acara perasmian.

Sultan Johor merasmikan majlis Pesta Layang-Layang Antarabangsa 2011.
Sultan Johor sedang beramah mesra dengan para peserta.
Askar Diraja Johor selaku pancaragam pada hari tersebut.
Sultan Johor menyampaikan cenderahati kepada peserta luar negara.








Karnival Pesta Layang-Layang Peringkat Antarabangsa kali ke-16 baru saja dimulakan pada 16 Februari 2011 yang lepas dan akan berakhir pada 20 Februari ini. Hampir seribu pelayang dari tempatan dan luar negara yang bakal menyertai festival layang-layang ini. Bermacam-macam aktiviti yang akan dianjurkan oleh penganjur. Diantaranya, pertandingan Suara Emas dan anda juga akan dihiburkan oleh artis tempatan.